Sunday, 16 June 2013

Sketch 7 | Super BAPAK Day!!

 
Assalamualaikum. 

----------------------------------------------------------------------------------
Memandangkan the so called Father's Day dirai-raikan, aku pun tergerak hati la nak post pasal Father's day ni. Padahal aku pun baru sedar father's day ni lepas ramai yg beriya dok post kat FB. Well, Fb, semua benda nk post kat situ kan...duh.. Btw, Aku nk ucapkan Selamat Hari Bapak to my beloved Bapak (orang perlis panggil bapak, hampa apa tau). 

Kalau nk tau, bapak aku ni almost semua sukan dia terer ( handal, hebat, super power). Bola wakil Negeri Perlis (penah wakil lawan ngan Super Mokh), Rugby wakil sekolah, olahraga wakil lagi, tennis, takraw, silat (ni lagi la) sebut ja. Yang malangnya aku ni, satu hapak pun tak turun bakat sukan kat aku. Kedekut! hahahah. Lawak ja bapak.   Bapak aku jugak aku kategorikan sebagai seorang yang ada "super human" strength! Dah la kuat, stamina macam tak abes-abes! Aku yang muda trang-tang-tang (muda remaja) pun tak leh lawan kudrat dia. Sekali dia libas abes bersepah. 

If hampa notice, dalam gambar tu, bapak aku pegang teropong. Haaaa.....ni time aku kecik, dia selalu cakap, "Abang jaga diri jangan buat pelik-pelik, bapak ada teropong hikmat boleh tengok kelaku (behavior) abang dari ofis ja". And of course dengan logic budak sekolah rendah, aku kategorikan ni salah satu super power bapak aku. hahaha. And bila dia balik ja ofis, dia akan tanya :

" Abang buat apa hari ni?" Mata dia pandang dalam ja kat aku... aku pun serba salah, 

tengok atas... 

tengok bawah...

tengok cross stitch mak aku yg penuh kat wall living room...

pastu tengok dia balik,...

diam... 

 Pastu dia acah lagi,."Jangan tipu naa..bapak dah tengok dah guna teropong hikmat"...

Bepeluh aku kena interrogate secara dingin cam tu. last-last sebelum kena lagi teruk, aku pun crita semua salah aku buat. hahaha. yg best nya ada time aku test tak cakap salah aku, dia teka betui la plak!!! lagi la aku percaya teropong hikmat dia tu!! Apapun aku rasa dia ada partner in crime which is mak aku. haha. Pakat berdua pekena anak yang hensem semata-mata nak tengok ke"cute"an anakanda tercinta. hahaha. chies!!

Apapun bapak, ni ucapan khas untuk bapak :
"Bapak, walaupun banyak gene bapak tak turun kat abang (anak mak la konon), tapi abang bangga jadi anak bapak. Thank you bela abang sampai dah kawin anak satu ni, & abang hope dipanjangkan umur bapak dan dipermudahkan segala urusan hidup bapak & mak dunia akhirat. Sorry kalau abg jarang call or contact tapi please ingat yang abang selalu teringat kat bapak & mak and selalu homesick tetiba. :-( sob sob sob.."

So Selamat Hari Bapak , Pahmin b. Lateh. :-)


4 comments:

  1. adoi, dua2 meleleh baca post ni..tadi kakak, ni abg pulak..mak n bapak wish the best year to u as a father , the best one to Thia(as kakak said earlier )..moga2 Allah pjgkan umur kami seribu tahun lagi utk tengok abg and family hidup senang, dalam rahmat Allah.amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin!!! Huk huk. InsyaAllah. Thank you mak n bapak. huk huk. Thia insyaAllah akan dijaga rapi. :-)

      Delete
  2. kakak baca post ni dkt restoran td..duk meleleh2 ayaq mata...kakak pun selalu homesick..sob sob...walaupun dah lama tak duduk perlis..sejak dr tahun 1997 kot start duduk asrama..tapi perlis tetap di hati..sbb ada mak n bapak kat perlis tu..itu yg tak dak kat tempat lain...semoga kita semua di beri rahmat dan kesenangan berpanjangan..dapat tolong each other sampai akhirat esok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku yg tulis pun meleleh, apatah lagi hampa. huhuhu. InsyaAllah. tenkiu gak bnyak tlong selama ni. sob sob

      Delete