Monday 17 June 2013

Sketch 9 | Clueless


Assalamualaikum. 

----------------------------------------------------------------------------------
This year, aku first time bergelar bapak. Dianugerahkan dengan seorang daughter yang cute gilos milos bernama Athiyyah Alani. Sempena Father's Day, satu ja benda aku fikir pasal anak aku. Aku akan try my best to didik Athiyyah even though aku sangat clueless kengkadang. Thanks kepada wife aku yang sesama clueless dalam parenthood. huhu. Happy Father's Day untuk aku. Wawawewa!! 

Sunday 16 June 2013

Sketch 8 | Making of Bapakman



draft sketch
ink
clean up


monotone coloring






Assalamualaikum. 

----------------------------------------------------------------------------------
Bapakman Character design. Memandangkan kat cinema tengah hangat cerita Man of Steel time father's day ni, aku pun try portray ke-super-an bapak aku. Chiowww! 

Sketch 7 | Super BAPAK Day!!

 
Assalamualaikum. 

----------------------------------------------------------------------------------
Memandangkan the so called Father's Day dirai-raikan, aku pun tergerak hati la nak post pasal Father's day ni. Padahal aku pun baru sedar father's day ni lepas ramai yg beriya dok post kat FB. Well, Fb, semua benda nk post kat situ kan...duh.. Btw, Aku nk ucapkan Selamat Hari Bapak to my beloved Bapak (orang perlis panggil bapak, hampa apa tau). 

Kalau nk tau, bapak aku ni almost semua sukan dia terer ( handal, hebat, super power). Bola wakil Negeri Perlis (penah wakil lawan ngan Super Mokh), Rugby wakil sekolah, olahraga wakil lagi, tennis, takraw, silat (ni lagi la) sebut ja. Yang malangnya aku ni, satu hapak pun tak turun bakat sukan kat aku. Kedekut! hahahah. Lawak ja bapak.   Bapak aku jugak aku kategorikan sebagai seorang yang ada "super human" strength! Dah la kuat, stamina macam tak abes-abes! Aku yang muda trang-tang-tang (muda remaja) pun tak leh lawan kudrat dia. Sekali dia libas abes bersepah. 

If hampa notice, dalam gambar tu, bapak aku pegang teropong. Haaaa.....ni time aku kecik, dia selalu cakap, "Abang jaga diri jangan buat pelik-pelik, bapak ada teropong hikmat boleh tengok kelaku (behavior) abang dari ofis ja". And of course dengan logic budak sekolah rendah, aku kategorikan ni salah satu super power bapak aku. hahaha. And bila dia balik ja ofis, dia akan tanya :

" Abang buat apa hari ni?" Mata dia pandang dalam ja kat aku... aku pun serba salah, 

tengok atas... 

tengok bawah...

tengok cross stitch mak aku yg penuh kat wall living room...

pastu tengok dia balik,...

diam... 

 Pastu dia acah lagi,."Jangan tipu naa..bapak dah tengok dah guna teropong hikmat"...

Bepeluh aku kena interrogate secara dingin cam tu. last-last sebelum kena lagi teruk, aku pun crita semua salah aku buat. hahaha. yg best nya ada time aku test tak cakap salah aku, dia teka betui la plak!!! lagi la aku percaya teropong hikmat dia tu!! Apapun aku rasa dia ada partner in crime which is mak aku. haha. Pakat berdua pekena anak yang hensem semata-mata nak tengok ke"cute"an anakanda tercinta. hahaha. chies!!

Apapun bapak, ni ucapan khas untuk bapak :
"Bapak, walaupun banyak gene bapak tak turun kat abang (anak mak la konon), tapi abang bangga jadi anak bapak. Thank you bela abang sampai dah kawin anak satu ni, & abang hope dipanjangkan umur bapak dan dipermudahkan segala urusan hidup bapak & mak dunia akhirat. Sorry kalau abg jarang call or contact tapi please ingat yang abang selalu teringat kat bapak & mak and selalu homesick tetiba. :-( sob sob sob.."

So Selamat Hari Bapak , Pahmin b. Lateh. :-)


Saturday 15 June 2013

Sketch 6 | Kad Kawen







Assalamualaikum. 

----------------------------------------------------------------------------------


Kad kawen ni aku lukis masa kat rumah sewa dulu. Majlis dah dekat, kad belum tempah, memang kalut. Last-last satu malam tu aku nekad, nk abeskan lukisan cover kad malam tu jugak. Alhamdulillah, berkat focus selama sejam, siap la cover (2nd pic) tu. 

Design sampul aku lukis time kat ofis klu tk silap. Capai kertas A4 sehelai, then start lukis. Settle lagi 1 benda. Then lukisan dalam kad tu aku sketch bila pun tak ingat. 

Map pun lukis sendiri. Kat map pengantin lelaki, memang aku bantai letak loghat perlis. nasib la. hahaha. Tapi map pengantin pompuan memang tak buat pelik-pelik. Hati mertua kena jaga oi! Huahahaha. ok la, chiow.


----------------------------------------------------------------------------------

Friday 14 June 2013

Sketch 5 | Digital Painting 1


Assalamualaikum. 

____________________________________________

Painting yg gigih dibuat first time masa dapat wacom tablet. Gigih dan gigih lagi.
Theme : fantasy
Aku suka part kanan bawah tu, sebab ada banyak silhouette pokok.

ps : aku baru sedar aku tak reti eja silhouette. nak kena harapkan auto correct ja. heeeee 

____________________________________________

Sketch 4 | Mamat Koboi


Assalamualaikum. 

______________________________________________

Koboi tua. Lukih saja-saja. Btw, lepas mendapat nasihat wife aku, aku akan guna bahasa yang lebih kemas and akan kurangkan ber"shortform" dalam penulisan. Sekian

______________________________________________

Sketch 3 | The Making of Imi


Assalamualaikum. 

_________________________________________

Lukih cari Idea. Tgah blur time ni muka mna nk pilih. Bab head shape, kening, hidung, mulut, n rambut dah settle, tgai tang mata ja. Mata mmg penting ooooo.  Wife aku suka yg cute, third option. yg 1st mmg ala komik siam mna tak tau la. yg tgah, 2nd option aku ada sdikit suka. tapi wife suka yg 3rd (mak aku pun sama), n maybe instinct & taste pompuan ni ada mystic, aku pilih la 3rd option. Takkan nk melawan mak kaaaaaaaan..

3rd option mmg aku rsa ada sdikit comei melampau mcm aku time kecik. 2nd tu kira downgrade skit la. kang comei sgt orang jeles. Konon...ceh.

ps : Klu nk tukar pun boleh ja lagi ye dok. Klu hampa, prefer yg mna?

________________________________________________